Thursday, August 2, 2012

SEJARAH SK BENTA

Persekolahan di Benta bermula sebelum tahun 1926. Bangunan awal dibina oleh orang kampung di tapak bangunan kedai LKNP sekarang. Jumlah muridnya lebih kurang 20 orang yang kesemuanya lelaki.Beberapa tahun kemudian, bangunan baru beserta sebuah rumah guru telah dibina oleh orang kampung di tapak sekarang. Jumlah murid seramai 40 orang. 

Guru besar adalah En. Abdul Hamid. Disebabkan pertambahan bilangan murid, maka kerajaan telah membina bangunan tambahan dan sebuah rumah guru. Pada tahun 1979, sebuah bangunan dua tingkat mengandungi 6 biilik darjah, perpustakaan, bilik tayangan, pejabat, bilik guru besar dan kantin dibina. Seterusnya sekolah ini telah dipilih sebagai Pusat Kegiatan Guru Zon Benta. Bangunan PKG telah dibina pada tahun 1989 berhampiran dengan bangunan sekolah. Rumah guru telah ditambah sebanyak 2 buah dan bilangan murid seramai 343 orang. Sesi persekolah melibatkan 2 sesi iaitu tahun 1,2,5 dan 6 sesi pagi dan tahun 3 dan 4 sesi petang. 

Pada tahun 1992, persekolahan satu sesi bermula. Ini kerana kebanyakan murid berpindah ke SK Batu 13 yang baru dibuka.Pada tahun 2002, 2 bilik darjah lama telah siap diubah suai untuk dijadikan kelas Pra Sekolah. Penghujung tahun 2002, makmal komputer siap dibina. Pertengahan tahun 2003 bangunan baru 4 tingkat siap dibina yang mengandungi 6 bilik darjah, pejabat, bilik guru, bilik mesyuarat, bilik SPBT, Makmal sains, bengkel kemahiran hidup, bilik rawatan, bilik kaunseling, stor sukan, bilik am, pusat sumber, bilik tayangan, bilik muzik dan surau.

Thursday, January 19, 2012

SELAMAT TAHUN BARU CINA


Pihak sekolah ingain mengucapkan selamat menyambut tahun baru cina kepada seluruh rakyak malaysia.berharap kita semua mengambil langkah berjaga-jaga bukan sahaj berada di jalan raya tetapi juga apabila meningglkan rumah masing-masing. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA.. DAN SELAMAT BERCUTI.....

Wednesday, December 15, 2010

SELAMAT BERCUTI

SELAMAT BERCUTI KEPADA WARGA SK BENTA..SEMOGA TAHUN DEPAN MEMBERI LEBIH KEJAYAAN KEPADA SEKOLAH KEBANGSAAN BENTA..

KEPADA PARA PELAJAR SILA JAGA DIRI BAIK-BAIK SUPAYA PADA TAHUN DEPAN KITA DAPAT BERSUA KEMBALI